PM ajak rakyat terus jaga kesihatan diri, planet

Gambar dan ucapan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang dikongsi di Faceebook Ismail Sabri pada Khamis.
Gambar dan ucapan sempena Hari Kesihatan Sedunia yang dikongsi di Faceebook Ismail Sabri pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang.

Bersempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 yang disambut pada Khamis, Ismail Sabri berkata, diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.

"Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih.

"Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022," kata beliau melalui Facebooknya pada Khamis..

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. Hari Kesihatan Sedunia 2022 bertemakan ‘Planet Kita, Kesihatan Kita’. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!