Chong Wei belum ada niat jadi jurulatih

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei
A
A
A

MENCEBURKAN diri dalam dunia kejurulatihan bukan pilihan buat bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika ini.

Pemenang pingat perak tiga Sukan Olimpik itu mengakui beberapa pihak berminat mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih, namun beliau belum berhasrat melangkah ke bidang tersebut.

Bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia itu juga berkata, beliau mahu terus berada di negara ini bagi menikmati kemeriahan bazar Ramadan dan rumah terbuka Aidilfitri.

"Memang benar Chong Wei dapat tawaran, sudah pasti Chong Wei masih cintakan sukan badminton tetapi pada masa sekarang, Chong Wei tidak berniat untuk menjadi jurulatih.

"Chong Wei akan terus lepak di Malaysia, layan bazar Ramadan dan tunggu jemputan rumah terbuka raya (Aidilfitri),” kata juara All England empat kali itu dalam hantaran terbaru di laman Instagram rasminya malam Khamis.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Chong Wei menerima tawaran sebagai jurulatih dari beberapa negara Asia malah bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, yang juga legenda badminton negara, turut memberikan sokongan.

Pada Jun 2019, Chong Wei mengumumkan persaraannya selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!