McGregor berdepan enam pertuduhan

McGregor (kiri), ditahan atas enam pertuduhan di Dublin, Ireland. - foto The Associtated Press
McGregor (kiri), ditahan atas enam pertuduhan di Dublin, Ireland. - foto The Associtated Press
A
A
A

BINTANG Kejuaraan Pertempuran Ultimate (UFC) Connor McGregor berdepan enam pertuduhan pada April susulan penahanannya di Dublin, Ireland 22 Mac lalu kerana didapati memandu secara berbahaya bulan lalu.

Menurut satu laporan, McGregor berdepan dua pertuduhan memandu secara berbahaya, memandu tanpa lesen yang sah, gagal mengemukakan lesen memandu, memandu tanpa insurans dan gagal mengemukakan rekod insurans.

Susulan penahanannya, itu polis turut menyita kereta jenama Bentley milik peninju berusia 33 tahun itu, namun bertindak memulangkan semula kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun, menurut jurucakapnya, McGregor lulus ujian dadah dan alkohol yang dilakukannya ketika berada di balai polis.

McGregor kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin dan dijadualkan kembali ke mahkamah pada 23 Jun depan untuk dibicarakan.

Untuk rekod, McGregor kini sedang menjalani proses pemulihan akibat mengalami kecederaan kaki setelah bertarung dengan Dustin Poirier pada Julai 2021 lalu.

Namun, McGregor memberitahu media bahawa dia merancang untuk kembali bertarung dalam kelas welterweight, setelah pulih daripada kecederaan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!