Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Jangan tangguh RUU Anti Lompat Parti: Ahmad Maslan

08 April 2022 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 8 APRIL 2022

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa pembentangan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu disegerakan sebelum PRU15.

Ahli Parlimen Pontian itu menegaskan RUU terbabit penting bagi membendung aktiviti lompat parti dalam kalangan ahli politik.

Beliau yakin penangguhan itu disebabkan ada ‘gangguan’ oleh pihak tertentu yang merasa kurang senang dengan pindaan perlembagaan tersebut.

Difahamkan, UMNO adalah parti paling terkesan apabila terdapat ahli Parlimennya yang melompat parti selepas BN tewas pada PRU14 lalu.

Baca artikel penuh DI SINI

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #RUU AntiLompatParti #UMNO #SinarHarian