'Tinggal anak kecil di rumah'

Mohamad Ismail memberi penerangan berkaitan pematuhan SOP kepada peniaga di bazar Ramadan Pantai Irama pada Khamis.
Mohamad Ismail memberi penerangan berkaitan pematuhan SOP kepada peniaga di bazar Ramadan Pantai Irama pada Khamis.
A
A
A

BACHOK - Polis menyarankan ibu bapa supaya tidak membawa anak kecil ke bazar Ramadan bagi mengelakkan penularan Covid-19 walaupun negara kini berada dalam fasa peralihan endemik.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, jumlah pengunjung bazar Ramadan di daerah ini sangat tinggi lebih-lebih lagi menghampiri waktu puncak berbuka puasa.

Tambah beliau, ada ibu bapa yang tidak melindungi anak-anak mereka dengan pelitup muka ketika mengunjungi bazar.

“Fasa peralihan endemik sudah tidak ada penjarakan fizikal namun pelitup muka masih perlu dipakai.

“Seperti kenyataan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kanak-kanak perlu memakai pelitup muka apabila jarak satu meter tidak dipraktikkan,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di bazar Ramadan Pantai Irama, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Bachok (MDB), Ismail Deraman dan Ketua Bahagian Penguatkuasaan MDB, Muhamad Safuan Ab Hamid

Ujar beliau, polis akan memantau tujuh bazar Ramadan utama di daerah itu bagi membantu mengawal penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Ismail turut penjualan mercun dan bunga api tanpa lesen juga antara perkara utama polis ketika operaso berkenaan.

Sementara itu, Muhamad Safuan memberitahu, MDB mengenal pasti 10 lokasi yang menjadi port golongan ponteng puasa di daerah ini termasuk rumah tinggal dan kawasan semak.

“Operasi pemantauan dilakukan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan rondaan serta pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!