Bodo/Glimt kecewakan AS Roma lagi
Saltnes meraikan jaringan bersama pemain Bodo/Glimt ketika berdepan AS Roma. Foto: Reuters
A
A
A
Skuad kendalian Kjetil Knutsen yang mengejutkan AS Roma pimpinan Jose Mourinho dengan kemenangan 6-1 pada peringkat kumpulan sebelum ini bagaimanapun terlebih dahulu ketinggalan babak pertama hasil jaringan Lorenzo Pellegrini pada minit ke-43.
Namun tuan rumah kemudian bangkit apabila Ulrik Saltnes menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sebelum Hugo Vetlesen memastikan jaringan minit ke-89, sebagai bekalan satu gol mengiringi Bodo/Glimt untuk aksi timbal balik kedua di Stadium Olimpico pada 15 April ini.
Anak buah Mourinho sebelum itu berpeluang mendahului pelawat, namun usaha Pellegrini dibatalkan kerana ofsaid selain percubaan
Eldor Shomurodov melewati palang.
Sementara itu, Mourinho mengakui tidak terkesan dengan kekalahan tersebut kerana percaya kelab Itali berkenaan tetap merupakan pilihan ke suku akhir.
“Kami sememangnya tidak layak kalah, dan sebenarnya ia bukan satu kekalahan.
“Ia lebih kepada aksi separuh masa yang kami tewas 2-1 dan kami masih mempunyai separuh masa kedua di stadium yang akan penuh dengan para penyokong Roma.
"Jadi saya tidak mempunyai masalah untuk mengatakan Roma masih pilihan untuk ke separuh akhir," katanya.
KEPUTUSAN
Suku Akhir Pertama
Feyenoord 3-3 Slavia Praha
Bodø/Glimt 2-1 AS Roma
Marseille 2-1 PAOK
Leicester City 0-0 PSV Eindhoven
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!