20,000 ahli PKR Selangor daftar aplikasi Adil

Petugas JPP Selangor yang terlibat dalam proses pendaftaran calon di Pusat Pencalonan di Dewan ILMU, Perpustakaan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya pada Jumaat.
Petugas JPP Selangor yang terlibat dalam proses pendaftaran calon di Pusat Pencalonan di Dewan ILMU, Perpustakaan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 20,000 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah mendaftar aplikasi Adil secara dalam talian bagi Pemilihan Keadilan 2022.

Koordinator Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Selangor, Mazli Saring berkata, beliau menggalakkan lebih ramai ahli mendaftar kemudahan tersebut.

Menurutnya, Selangor mempunyai hampir 300,000 anggota dan usaha mempromosi aplikasi tersebut giat dijalankan.

"Apabila ada aplikasi ini, ahli boleh mengundi dari rumah sahaja. Bagi yang tiada aplikasi ini boleh undi secara fizikal di lokasi yang ditetapkan secara tanpa kertas tetapi menggunakan tab disediakan.

"Saya galakkan semua anggota supaya daftar aplikasi Adil secepat mungkin sebelum 21 April untuk memudahkan proses pengundian dan pemilihan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, undian menerusi aplikasi secara dalam talian itu dilindungi ketelusan kerana menggunakan sistem OTP (one time password).

"Hanya pemegang nombor telefon tersebut sahaja yang boleh membuka aplikasi tersebut maka tidak akan berlaku salah guna undi.

"Sistem diperkenalkan ketika pandemik dan akan diteruskan pada masa hadapan kerana kaedah ini memudahkan dan tidak perlu beratur untuk mengundi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, proses penamaan calon peringkat pimpinan di semua 222 cabang seluruh negara berlangsung selama tiga hari bermula Rabu.

"Setakat Jumaat seramai 60 peratus calon telah mendaftar secara dalam talian di Selangor dan 20 petugas JPP terlibat sepanjang proses pencalonan ini.

"Proses pemilihan cabang di 22 Parlimen Selangor pada Mei akan melibatkan 1,200 petugas yang akan ditempatkan di setiap pusat pemilihan berkenaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!