Penyeludup lolos diri dalam semak, tinggal beras dalam kenderaan

Kegiatan penyeludupan beras dari negara Thailand berjaya dipatahkan menerusi rampasan pada Jumaat.
Kegiatan penyeludupan beras dari negara Thailand berjaya dipatahkan menerusi rampasan pada Jumaat.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki dipercayai penyeludup beras bertindak memecut kenderaan pacuan empat roda dipandunya sebelum meloloskan diri dalam semak bagi mengelak daripada ditahan polis di Jalan Perdah di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, anggota polis dari Cawangan MPV Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Pasir Mas melihat kenderaan berkenaan dalam keadaan mencurigakan menghala ke Banggol Kong, Jeram Perdah.

"Pihak polis cuba menahan kenderaan tersebut, namun pemandunya terus memecut laju sejauh 100 meter sebelum berhenti secara mengejut.

“Suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran dan meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Mohd Nasaruddin berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut membawa muatan 50 kampit beras bernilai anggaran RM4,000 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, Thailand.

“Anggota polis menunggu di lokasi selama 25 minit, namun tidak ada sesiapa yang datang menuntut.

“Kenderaan dianggarkan bernilai RM20,000 tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kesemua muatan beras bertulisan Thailand itu dirampas dan diserahkan pada pihak bahagian Kawal Selia Padi dan Beras negeri Kelantan

Artikel Berkaitan:

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!