Peniaga Pasar Awam Batu Gajah minta tangguh pindah

Khemah yang dipasang untuk menempatkan lebih 15 peniaga buah dan kelapa sementara gerai mereka dibaik pulih. (Gambar kecil: Faridah menunjukkan notis yang diterima daripada MDBG)
Khemah yang dipasang untuk menempatkan lebih 15 peniaga buah dan kelapa sementara gerai mereka dibaik pulih. (Gambar kecil: Faridah menunjukkan notis yang diterima daripada MDBG)
A
A
A

BATU GAJAH - Lebih 15 peniaga meminta pertimbangan pihak berkuasa tempatan (PBT) menunda arahan berpindah ke khemah yang disediakan di parkir Pasar Awam Batu Gajah di sini selepas Ramadan tahun ini.

Difahamkan, Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) telah mengeluarkan notis pemberitahuan kerja-kerja membaik pulih gerai buah dan kelapa serta memaklumkan peniaga akan dipindahkan ke khemah sewaan disediakan bermula Jumaat lalu hingga 15 April ini.

Peniaga kelapa, Faridah Saad, 62, berkata, sepatutnya MDBG memberi tempoh sehingga bulan depan kepada semua peniaga untuk berpindah ke khemah yang disediakan.

Menurutnya, banyak persediaan perlu dilakukan berikutan gerai mereka akan dibaik pulih bermula 16 April dan dijangka siap pada 14 Jun depan.

"Kami baharu terima notis pada Rabu dan Jumaat diminta pindah. Notis diterima selepas bertanyakan kepada pekerja yang memasang khemah berkenaan.

"Kami perlu pindahkan empat mesin parut dan dua mesin santan ke khemah itu. Yang paling penting adalah papan elektrik kerana kami menggunakan elektrik yang tinggi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Faridah berkata, mereka tidak membantah projek naik taraf gerai terbabit namun, tempoh arahan pindah itu dilihat tidak kena pada masanya.

"Kami gembira gerai akan cantik semula tetapi masa itu tidak sesuai. Jika MDBG bagi tempoh pindah selepas puasa atau Aidilfitri, kami akan turut.

Artikel Berkaitan:

"Saya sudah menempah kira-kira 10,000 biji kelapa kelapa untuk persediaan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri nanti," katanya.

Lebih 15 peniaga buah dan kelapa minta arahan pindah ditangguhkan sementara waktu.
Lebih 15 peniaga buah dan kelapa minta arahan pindah ditangguhkan sementara waktu.

Pekerja gerai buah, Wijiani Erna Pujiwati, 30, berkata, notis singkat yang diberikan menyukarkan dia untuk memindahkan lebih 200 kilogram buah-buahan ke khemah tersebut.

"Difahamkan khemah itu kongsi berdua dengan peniaga, buah-buah dan tiga peti sejuk memang tidak muat untuk diletakkan dalam satu khemah.

"Berniaga bawah khemah memang panas dan buah-buahan kami akan cepat rosak. Kami sudah tempah buah-buahan untuk dijadikan stok, tempat penyimpanan pula akan bermasalah nanti," katanya.

Sementara itu, jurucakap MDBG memaklumkan mereka sedia maklum mengenai aduan peniaga berhubung perkara itu.

"Kerja-kerja membaik pulih gerai ditangguhkan buat sementara waktu dan pihak MDBG akan mengadakan pertemuan bersama peniaga pada Rabu ini untuk mencari jalan penyelesaian.

"Ketika ini, khemah-khemah yang sedia dipasang untuk peniaga telah dibuka semula untuk memudahkan pengunjung ke pasar itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!