Potong Q, terima saman

Polis menjalankan operasi mengesan pemandu yang memotong Q di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Khamis lalu.
Polis menjalankan operasi mengesan pemandu yang memotong Q di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Khamis lalu.
A
A
A

SERDANG - Polis menahan mengeluarkan 20 saman terhadap pemandu kenderaan yang memandu secara berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan kepada kenderaan lain dalam operasi di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) pada Khamis.

Pegawai Turus Zon Tengah B Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Amir Che Ya berkata, melalui operasi yang bermula jam 6 petang itu, pemandu terbabit dikesan memandu laju sebelum memotong Q.

Polis menjalankan operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan kesalahan potong Q di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pada Khamis lalu.
Polis menjalankan operasi bagi mengesan pesalah yang melakukan kesalahan potong Q di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), pada Khamis lalu.

Amir memberitahu, melalui operasi oleh sepasukan Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Kesas, JSPT Bukit Aman dan Konsesi Kesas itu juga sebanyak tujuh saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki lesen memandu, lesen tamat tempoh serta nombor plat 'fancy'," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi itu memfokuskan penguatkuasaan berkaitan kesalahan potong Q selain memastikan tiada halangan lalu lintas.

Tambah beliau, pengguna lebuh raya dinasihatkan tidak memandu terutama ketika dalam keadaan letih dan mengantuk.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!