Dilabel jual juadah harga Tel Aviv, Chef Ammar tersinggung

Ammar (kiri) membantu petugasnya membungkus juadah yang dijual di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Sabtu.
Ammar (kiri) membantu petugasnya membungkus juadah yang dijual di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - “Saya tidak paksa sesiapa untuk beli. Berbelanjalah ikut kemampuan, tapi apa yang buat saya sedih dan sakit hati ialah bila mereka cakap orang Palestin jual makanan harga Tel Aviv (mahal).”

Demikian luahan hati Chef Ammar Al-Ali atau dikenali sebagai Chef Ammar yang tersinggung dengan kata-kata warganet yang melabel warga Palestin tersebut menjual makanan Tel Aviv atau dimaksudkan sebagai terlampau mahal di Malaysia.

Beliau ketika ditemui oleh Sinar Harian di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini berkata, walaupun terjejas dengan kenaikan harga barang mentah, pihaknya cuba menawarkan harga kompetitif.

Ammar berkata, harga salah satu hidangan popularnya iaitu Nasi Arab lauk betis kambing (lamb shank) naik sebanyak seringgit menjadi RM50 berbanding harga RM49 pada tahun lalu.

“Kita nak jual makanan, cuma lebihkan seringgit sahaja selepas ia dikurangkan daripada harga asal iaitu RM53. Selebihnya saya terpaksa tanggung (kos) kerana semua barang naik harga sebab saya nak beri semua orang merasa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui di gerai jualannya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, Ammar memaklumkan banyak pihak menyebelahinya berbanding kecaman yang diterima oleh setelah videonya memarahi warganet rentetan dilabel menjual juadah pada harga mahal.

Artikel Berkaitan:

Ammar ketika ditemui di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Ahad.
Ammar ketika ditemui di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Ahad.

Beliau turut meminta agar rakyat Malaysia berhenti menggunakan frasa ‘harga Yahudi’ untuk menggambarkan harga sesebuah barangan dan menggantikannya dengan perkataan yang lebih sesuai.

“Saya harap kita boleh boikot frasa ‘harga Yahudi’, ini bukan budaya kita, bukan budaya orang Malaysia. Mungkin boleh gunakan frasa ‘harga mahal gila’ atau ‘terlalu mahal’, tak perlu sebut harga Yahudi kerana saya orang Palestin.

“Jadi bila mereka cakap begitu, hati saya kecewa. Saya manusia juga, ada hati dan perasaan. Kalau mereka cakap begitu, adakah saya tidak terasa?

“Orang Malaysia sayang orang Palestin, tapi ada yang suka gunakan provokasi untuk burukkan keadaan. Saya sudah tinggal di Malaysia sejak tahun 1985. Saya sayang Malaysia kerana rakyat di sini pun sayangkan kami (warga Palestin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sinar Harian turut membuat tinjauan di hadapan gerai Ammar dan mendapati pengunjung masih beratur panjang untuk mendapatkan juadahnya walaupun harga makanan tersebut dikatakan mahal.

Hasil tinjauan turut mendapati orang ramai sanggup berbaris selama satu jam 30 minit untuk membeli juadah di gerai tersebut.

Pengunjung Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini sanggup beratur hampir satu sejam 30 minit untuk membeli juadah berbuka puasa di gerai Chef Ammar.
Pengunjung Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini sanggup beratur hampir satu sejam 30 minit untuk membeli juadah berbuka puasa di gerai Chef Ammar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!