KL City raih kemenangan pertama

Antara aksi perlawanan KL City menentang Melaka United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi. -Foto Facebook KL City FC
Antara aksi perlawanan KL City menentang Melaka United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi. -Foto Facebook KL City FC
A
A
A

MASALAH tunggakan gaji nyata memberi kesan kepada persembahan Melaka United apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, KL terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ketiga melalui rembatan padu kaptennya, Paulo Josue yang berpunca daripada kesilapan pertahanan Melaka yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Josue sekali lagi berjaya mencetak nama sebagai penjaring pada perlawanan itu apabila berjaya menyumbat masuk hantaran J.Parthiban pada minit ke-30 untuk meletakkan KL selesa dihadapan sekaligus kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh mata pertama.

Memasuki babak kedua, KL dilihat terus bernafsu untuk mencari gol apabila terus-menerus melakukan beberapa asakan bahaya ke kubu Melaka namun tidak jaringan berjaya dihasilkan.

Memasuki minit ke-61, Josue hampir berjaya untuk melengkapkan hatrik pada perlawanan tersebut namun sepakan percuma yang diambilnya itu hanya melewati palang gol Melaka sekaligus kedudukan 2-0 kekal hingga tamat wisel.

Dengan kemenangan tersebut, KL kini berada di kedudukan dengan mengumpul 4 mata dalam empat perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!