Sembilan lelaki ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan

Op Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru pada Sabtu. - Foto JSPT Johor
Op Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru pada Sabtu. - Foto JSPT Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan sembilan lelaki atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini pada Sabtu.

Operasi khas bagi menangani mat rempit itu melibatkan kekuatan 425 pegawai kanan dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan balai di dalam daerah Kontinjen Johor.

Ketua JSPT Johor, Superintendan M Kumarasan berkata, operasi terbabit dilakukan selepas menerima aduan berhubung aktiviti mat rempit di bandar raya ini.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 14 hingga 29 tahun itu ditahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Op Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru pada Sabtu.- Foto JSPT Johor
Op Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya Johor Bahru pada Sabtu.- Foto JSPT Johor

"Selain itu, sebanyak 515 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melibatkan jumlah pemeriksaan individu seramai 2,756 orang dan 1,950 kenderaan dan 1,006 motosikal.

"Sebanyak 105 kenderaan disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Kumarasan berkata, operasi terbabit akan diteruskan bagi memastikan budaya mat rempit dapat dibendung dan dikekang secara serius.

Artikel Berkaitan:

"Mat rempit ini sangat sinonim dengan aktiviti melepak, berkonvoi, mengubah suai motosikal dan berani melakukan aksi-aksi bahaya seperti lumba haram, 'wheelie', 'superman' dan lain-lain aksi yang mana dengan jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

"Aksi yang dilakukan itu menjadi kebanggaan apabila dimuat naik di dalam media sosial seperti TikTok, Instagram dan lain-lain platform," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!