Guru agama maut ditembak di Pattani

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PATTANI - Seorang guru agama maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah awal pagi Ahad di Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12:30 pagi (waktu tempatan) hari ini, lelaki berusia 52 tahun itu merupakan guru agama di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya.

Ketua Polis Daerah Nong Chik, Pol Kol Komkrit Srisong berkata, polis menemui sekurang-kurangnya 10 kelongsong peluru di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut digegaskan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi.

Komkrit berkata, polis mempercepatkan siasatan akan motif kejadian dan menjejaki suspek. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!