Bau busuk bongkar penemuan mayat lelaki warga emas

Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai sebuah flat di Taman Maluri di sini pada Ahad. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai sebuah flat di Taman Maluri di sini pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai sebuah flat di Taman Maluri di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat lelaki berusia 67 tahun yang tinggal berseorangan di rumah itu ditemukan pada jam 12.25 tengah hari.

"Kita telah menerima laporan mengenai bau busuk di dalam sebuah rumah, sepasukan anggota polis telah pergi ke rumah tersebut dan menemukan mayat lelaki itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang hadir di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Muhammad Idzam berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui.

"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian," ujarnya.

Muhammad Idzam berkata, oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Asisten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 sambungan 302.

"Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!