Perlu pinda Perkara 48(6) untuk RUU Akta Anti Lompat parti digubal

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

SHAH ALAM - “Perlu pinda dahulu Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Rang Undang Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti digubal,” kata Ahli Parlimen Pulai, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, apabila perlembagaan itu dipinda, membolehkan satu akta diwujudkan yang boleh menghalang mana-mana ahli politik menjual kerusi mereka ataupun dia melompat ke mana-mana parti.

Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan itu berkaitan kehilangan kelayakan seseorang ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding semula dalam tempoh lima tahun selepas meletak jawatan.

“Isunya kita hendak pelihara mandat rakyat itu, esok (hari ini) Perdana Menteri mungkin akan umumkan satu sidang khas untuk dibentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti itu,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan yang akan diadakan pada Isnin bagi membolehkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti dibentangkan.

“Ini antara teras dalam MoU pembangkang bersama kerajaan dan ianya perlu dibahaskan segera di Parlimen, kita tidak mahu lagi wakil-wakil rakyat lompat parti seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai Perlembagaan Perkara 10(3) itu yang ingin dipinda yang akan melanggar kebebasan wakil rakyat, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, setiap undang-undang itu tidak akan ‘beku’.

“Mungkin hari pertama kita bawa undang-undang ini tiada wakil rakyat akan lompat parti atau hendak jual diri dia,contohnya yang buat dahulu Suruhanjaya Reid 1948 perkara itu tidak wujud lagi.

Artikel Berkaitan:

“Selepas masa berlalu semua undang-undang mengalami pindaan sama macam negara kita perlembagaan dah hampir 60 kali dipinda,” katanya.

Jelasnya, tidak ada undang-undang yang beku, dia akan berubah dan memerlukan pindaan setelah berlakunya peristiwa dan perubahan masa.

“Jadi hak asasi itu tidak boleh disalahgunakan untuk kononnya dia boleh jual kerusi yang dia dapat, semua ini kita akan bahaskan esok (hari ini),” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!