Lebih santai dan meriah
RAWANG - Pusat Pakaian Hari-Hari tampilkan kelainan pada Ramadan kali ini dengan menganjurkan program Hari-Hari Iftar Untukmu (Rewang) di Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah di Kampung Melayu Seri Kundang di sini pada Khamis.
Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Amilludin Latip berkata, program berkonsepkan rewang dengan kerjasama Sinar Harian itu membawa motif lebih santai dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya, sebelum ini penganjuran lebih fokus kepada pemberian makanan iftar yang siap dibungkus.
“Kami wujudkan konsep baru supaya anak-anak yatim ini tidak bosan. Sebelum ini kita hanya beri sumbangan, berbuka puasa dan solat berjemaah.
“Selain aktiviti rewang bersama anak yatim, mereka turut menerima sumbangan daripada Pusat Pakaian Hari-Hari berupa baucar pakaian serta duit raya.
“Menerusi program berbeza ini kami akan teruskan di tempat-tempat lain juga,” katanya kepada Sinar Harian.
Pengisian aktiviti
Mengulas tentang aktiviti sepanjang Ramadan, Amilludin berkata, sebanyak lima program akan dianjurkan oleh Pusat Pakaian Hari-Hari secara besar-besaran di beberapa negeri.
Ujarnya, program itu melibatkan lawatan dan ziarah ke rumah anak-anak yatim, ibu tunggal, asnaf dan warga emas di seluruh Malaysia dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO).
“Walaupun negara dilanda pandemik dan krisis ekonomi, tetapi kita masih meraikan mereka yang memerlukan khususnya anak yatim serta asnaf sempena Ramadan.
“Pelbagai program kami anjurkan sejak mula berada dalam pasaran dan kami mendapat maklum balas positif,” katanya.
Selain itu katanya, sejak 15 tahun lalu Sinar Harian sentiasa menyokong inisiatif Pusat Pakaian Hari-Hari dalam penganjuran program bermanfaat kepada masyarakat terutamanya golongan memerlukan.
“Hampir 15 tahun kami bersama dengan Sinar Harian, banyak program yang telah dianjurkan bersama seperti contoh program Back To School.
“Sinar Harian dengan kami ibarat berpisah tiada. Kami sudah lama bersama mereka dan sama-sama bangkit. Saya berbangga kerana Sinar Harian sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada Pusat Pakaian Hari-Hari.
“Sepanjang bersama Sinar Harian banyak program telah dilakukan terutamanya program Back To School. Sinar Harian dan Pusat Pakaian Hari-Hari ibarat berpisah tiada,” katanya.
Sementara itu katanya, Pusat Pakaian Hari-Hari akan membuka cawangan baharu ke-90 di Bandar Baru Bangi dan yang ke-91 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Mei depan.
“Saya harap masyarakat di sana memberi sokongan kepada Pusat Pakaian Hari-Hari khususnya dalam program Back To School dan sambutan menjelang raya,” katanya.
Untuk Ramadan ini, pelanggan yang membeli-belah di Hari-Hari akan mendapat Paket Raya dan Beg Woven Percuma.
Sedia juadah
“Ketika saya dihubungi Sinar Harian yang memaklumkan hasrat mengadakan program ini, saya teruja kerana ini kali pertama konsep sebegini diadakan di sini.
“Selalunya penyediaan makanan iftar tidak dilakukan secara rewang, jadi saya eronok dan yakin anak-anak di sini turut merasai suasana itu,” katanya.
- Muhammad Rosi Marsaid, 18
- Muhammad Ikram Danish Nor Efendi, 14
- Syafreez Mohd Abdullah, 11
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!