Amaran angin kencang, laut bergelora susulan Ribut Tropika Megi

MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah susulan kejadian Ribut Tropika Megi. Gambar hiasan.
MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah susulan kejadian Ribut Tropika Megi. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di perairan Sabah susulan kejadian Ribut Tropika Megi yang dikesan di kawasan barat laut Surigao City Filipina dan timur laut Sabah.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran yang berkuatkuasa sehingga Isnin itu membabitkan kawasan perairan timur Condore Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan, dan Sulu.

“Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan mengikuti maklumat berkenaan status terkini Ribut Tropika Megi yang akan dikemas kini setiap tiga jam.

“Maklumat ini boleh diperoleh melalui laman web dan aplikasi mobil myCuaca. Orang awam juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu, pada Isnin.

Menurut MetMalaysia, pada jam 9 pagi tadi, ribut tropika dikesan berada di kedudukan 11.0U 125.0T, iaitu kira-kira 144 kilometer (km) ke barat laut Surigao City, Filipina dan 950 km ke timur laut Sandakan, Sabah.

Tambah MetMalaysia, ribut tropika itu hampir pegun dan kelajuan angin maksimumnya adalah 65 km/j.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!