Jentera mantap pacu Leclerc di GP Australia
PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc menyifatkan kemenangan di Grand Prix (GP) Australia sebagai titik tolak kepada gergasi permotoran Itali itu untuk terus bangkit dalam baki perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
"Aura perlumbaan yang cukup sengit dan luar biasa di Litar Albert Park. Prestasi jentera amat memuaskan hati tanpa jentera mantap sukar untuk mencipta kemenangan ini, terima kasih kepada pasukan yang sentiasa bekerja keras.
"Saya tidak mampu naik ke podium tanpa kerjasama, sokongan dan komitmen setiap ahli pasukan dalam perlumbaan berintensiti tinggi ini.
"Sesungguhnya kemenangan ini satu motivasi semangat kepada pasukan selepas Ferrari bergelut dengan prestasi tidak menentu dua tahun lalu," ujar pemandu kelahiran Monaco itu.
Monagesque itu yang memulakan perlumbaan dipetak pertama mengekalkan gaya pemanduan berhemah dan cemerlang untuk memimpin sepanjang 58 pusingan tersebut dengan kelebihan 20.5 saat
Tempat kedua menjadi milik pelumba sensasi Red Bull, Sergio Perez manakala ketiga menjadi milik George Russell dari Mercedes.
Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton pula di kedudukan keempat manakala juara dunia Max Verstappen gagal mengakhiri perlumbaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!