Bekas pengarah urusan ditahan kemuka tuntutan palsu

SPRM Johor menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat IT bagi membantu siasatan berhubung kesalahan tuntutan.
SPRM Johor menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat IT bagi membantu siasatan berhubung kesalahan tuntutan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) bagi membantu siasatan berhubung kesalahan tuntutan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira pada jam 11 pagi Isnin selepas hadir untuk memberikan keterangan.

Katanya, suspek didakwa membuat tuntutan palsu melibatkan nilai kira-kira RM8 juta ketika memegang jawatan berkenaan pada 2016.

“Suspek didakwa telah mengemukakan tuntutan berkenaan kepada sebuah syarikat lain bagi kerja-kerja melibatkan penggantian barangan IT,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun katanya, suspek kini dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!