Ukraine wujudkan arkib jenayah perang dalam talian

Foto Reuters
Foto Reuters
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Ukraine mewujudkan arkib dalam talian untuk mendokumentasi jenayah perang Rusia agar dunia mengetahui kebenaran dan rakyat Rusia perlu bertanggungjawab.

Menteri Dmytro Kuleba berkata, arkib itu sebagai jaminan bahawa rakyat Rusia tidak boleh menyembunyikan kebenaran mengenai jenayah mereka di Ukraine.

"Beribu-ribu rakyat Ukraine telah dibunuh, diseksa dan ditembak tentera Rusia. Di jalan-jalan di Bucha orang awam dibunuh dengan tangan diikat.

"Wanita dan kanak-kanak dirogol dan dibunuh. Tentera Rusia turut membedil wad bersalin, hospital, sekolah, tadika dan koridor kemanusiaan. Mereka diusir ke Rusia secara paksa," kata menteri itu semasa melancarkan arkib dalam talian pada Sabtu (9 April).

Kenyataan mengenai ucapan Dmytro itu disediakan kepada Bernama oleh kedutaan Ukraine di sini.

"Kami akan menghukum penjenayah perang Rusia atas kekejaman yang mereka lakukan di Ukraine. Bukan sahaja para pelaksana, tetapi juga komander yang memberi arahan dan seluruh kepimpinan tentera-politik Persekutuan Rusia," katanya.

Arkib itu mendokumenkan jenayah perang tentera Rusia di Ukraine sejak operasi kententeraan dilancarkan pada 24 Februari.

Jenayah itu dibahagikan kepada tujuh kategori: pembunuhan orang tidak bersalah; menyerang orang awam atau infrastruktur awam; pemusnahan penempatan sewenang-wenangnya; tebusan dan penyeksaan; pengusiran yang menyalahi undang-undang; serangan terhadap agama dan budaya serta rogol.

Artikel Berkaitan:

Laman sesawang https://war.ukraine/rus.uasia-war-crimes membawa pelawat menyelami suasana perang mengerikan, dan melihat penderitaan yang terpaksa diharungi rakyat Ukraine selama lebih enam minggu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!