Empat PATI ditahan selepas dikejar selama 90 minit

Seramai empat PATI berjaya dicekup polis selepas menahan sebuah Proton Exora di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jeram Linang, Pasir Puteh pada Isnin.
Seramai empat PATI berjaya dicekup polis selepas menahan sebuah Proton Exora di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jeram Linang, Pasir Puteh pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Polis berjaya menahan empat (PATI) selepas mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Proton Exora selama satu jam 30 minit di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jeram Linang, Pasir Puteh pada Isnin.

Kejayaan itu hadir menerusi kerjasama erat antara tiga buah unit kereta peronda polis (MPV) dari Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh yang telah mengejar kenderaan itu sehingga mematahkan cubaan PATI yersebut menyeludup masuk ke negara ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semasa melakukan rondaan pada jam 6 pagi di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, anggota bertugas telah terserempak sebuah Proton Exora yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Kenderaan ini dikesan berhampiran kawasan bulatan Lemal. Susulan itu pihak kami terus mengejar kereta tersebut dan kemudian telah meminta bantuan dari MPV Machang dan Pasir Puteh," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, selepas dikejar selama 90 minit, Proton Exora yang membawa PATI tersebut akhirnya ditahan di sebuah ladang kelapa sawit.

Beliau berkata, sesulan itu, polis berjaya menahan empat PATI yang berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Mohd Nasaruddin berkata, bagaimanapun sembilan lagi PATI serta seorang tekong berjaya meloloskan diri.

"Usaha mengesan mereka yang berjaya meloloskan diri sedang giat dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!