Seorang maut, ribut Megi landa Filipina
MANILA - Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan ribut tropika Megi di Filipina setakat ini meragut satu nyawa manakala seorang lagi masih hilang.
Megi melanda wilayah tengah Filipina pada pagi Ahad, turut menjejaskan lebih 136,000 penduduk, lapor Xinhua.
Lebih 13,000 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan dan sebahagian yang lain tinggal bersama saudara-mara, menurut Agensi Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan.
Terletak di lingkaran Api Pasifik, Filipina merupakan antara negara paling kerap ditimpa bencana, termasuk gunung berapi aktif, gempa bumi dan sekitar 20 taufan membadai negara itu setiap tahun, menyebabkan kejadian banjir dan tanah runtuh. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!