Komando Rusia bunuh Ketua Kumpulan Sukarela Sektor Kanan Ukraine
MOSCOW - Komando Rusia berjaya membunuh Taras Bobanich iaitu salah seorang Ketua Kumpulan Sukarela Sektor Kanan Ukraine, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.
Bobanich telah dituduh oleh Moscow menyebabkan ratusan kematian orang awam di timur Ukraine pada tahun 2014.
"Semasa operasi peninjauan dan pencarian lima kilometer ke selatan bandar Izyum, kumpulan operasi khas Rusia menghapuskan Taras Bobanich, salah seorang ketua kumpulan yang paling terkenal dalam apa yang dipanggil sukarela Sektor Kanan Ukraine," kata kementerian itu.
Seperti yang ditekankan oleh pihak kementerian, Angkatan Tentera Rusia akan terus mencari dan menghapuskan ketua-ketua organisasi Neo-Nazi Ukraine, lapor agensi berita TASS Rusia.
Pada November tahun 2013, Bobanich menyertai barisan Sektor Kanan sebagai ketua kumpulan Lvov Neo-Nazi, kata Kementerian Pertahanan itu.
"Dia secara peribadi memberi arahan supayab kawasan kediaman Donetsk dan Lugansk dibom dengan menggunakan senjata artileri berat. Dia bersalah atas kematian ratusan orang awam Republik Rakyat Donetsk dan Lugansk termasuk kanak-kanak," tegas kementerian itu.
Media sosial The Right Sector melaporkan bahawa dia dibunuh pada Jumaat berhampiran Izium.
Lelaki berusia 33 tahun itu, yang nama panggilannya Hummer berasal dari barat Ukraine. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!