Pemandu lori maut dihempap tiang konkrit

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto: Bomba Perak
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto: Bomba Perak
A
A
A

TAIPING - Seorang pemandu lori maut akibat dihempap muatan tiang konkrit selepas kenderaan dipandunya itu terbabas di Kilometer 220 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Selasa.

Mangsa berusia 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan berjaya dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dengan bantuan kren.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.43 pagi.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati nahas melibatkan sebuah lori membawa muatan tiang konkrit telah terbabas ke baju jalan menyebabkan pemandu kenderaan berat itu dihempap dan terhimpit oleh muatan dibawa.

Operasi menyelamat dilakukan dengan bantuan kren bagi mengangkat dan mengalih muatan konkrit yang menghempap mangsa. - Foto: Bomba Perak
Operasi menyelamat dilakukan dengan bantuan kren bagi mengangkat dan mengalih muatan konkrit yang menghempap mangsa. - Foto: Bomba Perak

"Usaha menyelamat mangsa dilakukan dengan menggunakan jentera kren untuk mengangkat dan mengalihkan tiang konkrit itu.

"Proses mengangkat dan mengalih muatan tiang konkrit ini dilakukan dalam tempoh kurang lapan minit sebelum mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa di lokasi kejadian dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.35 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!