‘Syukur redONE sudi bantu kami’
Kehilangan suami secara tiba-tiba memberi kesan sangat besar buat Nurfauziana Mohammed Hafidz, 38, dari segi kewangan dan emosi.
Ketika menantikan kelahiran anak kelima, suaminya, Mat Nizam Keriza meninggal dunia akibat Covid-19 pada 16 Ogos tahun lalu, dua minggu sebelum bayi tersebut dilahirkan.
Nurfauziana memikul tugas sebagai ketua keluarga namun dia tidak boleh keluar bekerja kerana anak-anak yang berusia 13 tahun, 10 tahun, 7 tahun, 3 tahun dan 7 bulan perlukan perhatiannya.
“Sekarang saya pikul semua tanggungjawab ini sendirian. Kalau ada masalah saya luahkan pada ibu, Zaiton Ghazali, 63, dan adik-beradik,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling.
Terdahulu, ibu tunggal itu menerima kunjungan wakil redONE Network Sdn Bhd (Malaysia) atau redONE sempena program ‘Colours of Ramadhan’ (COR).
redONE menerusi COR menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1,500 dan barangan keperluan dapur bernilai RM300 bagi meringankan beban Nurfauziana.
“Orang tengok saya kuat, tetapi sebenarnya tidak. Dulu saya hanya dengar orang lain ditimpa musibah, tetapi ujian itu menimpa saya semasa nak melahirkan anak kelima,” ujarnya sebak.
Bagi Sabariah Yakob, 47, kedatangan Ramadan tahun ini disambut sederhana selepas suaminya Alias Ibrahim meninggal dunia pada 16 Julai tahun lepas.
“Saya hilang tempat bergantung. Arwah bekerja sendiri, tapi setiap kali sambut puasa dan hari raya dialah yang sedia duit belanja untuk beli kelengkapan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teroi, Guar Chempedak.
Riak yang terpancar di wajah ibu kepada enam cahaya mata ini jelas menunjukkan rasa terharu dan teruja tatkala menerima kunjungan wakil redONE.
“Saya bersyukur, bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan kami sekeluarga untuk Ramadan dan Syawal nanti. Terima kasih redONE kerana sudi berbuka puasa bersama saya dan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Zaiton Othman, 52, menzahirkan rasa syukur kerana masih ada pihak yang sudi berkongsi rasa sedihnya selepas kehilangan suami, Ahmad Sabri Yusof pada 8 Ogos tahun lalu.
Nafkah ibu tunggal kepada lima anak ini bergantung kepada pencen tentera arwah suaminya dan anak sulung yang baharu sahaja bertugas sebagai guru di Ipoh.
“Saya dan anak-anak terkesan dengan pemergian suami. Sokongan daripada pelbagai pihak sedikit sebanyak menceriakan kembali kami.
“Terima kasih pada semua yang membantu, ahli keluarga dan jiran-jiran juga banyak bantu,” katanya yang ditemui di rumahnya di Bandar Utama, Sungai Petani.
Penerima bantuan, Nur Alia Maisarah Saifful Anuar, 21, yang tinggal di Kampung Bohor Hutan, Alor Setar sangat terharu dengan kunjungan wakil redONE.
“Sejak kehilangan ibu akibat Covid-19, persiapan Ramadan dan Syawal kami hanya ala kadar sahaja.
“Terima kasih redONE kerana menggembirakan ahli keluarga saya pada sambutan Ramadan kali ini,” katanya.
“redONE menzahirkan program ‘Colours of Ramadhan’ untuk mewarnai kehidupan golongan yang memerlukan. Sumbangan yang dihulurkan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban mereka.” - Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus
Rakan Niaga redONE Kedah, Afif Fariehim Ramli menyifatkan program ‘Colours of Ramadhan’ sebagai langkah tepat menyantuni mereka yang kehilangan keluarga akibat pandemic Covid-19.
Beliau yang juga Pengurus redONE Gold Centre Mydin Taman Saga berkata, penerima turut dibawa membeli barangan keperluan dan berbuka puasa bersama-sama.
Menurut Penasihat Jualan Premier redONE, Muhammad Izzuan Hakim Hanizam, masih ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 terutamanya yang kehilangan ketua keluarga.
“Misi kami adalah untuk membantu dan meringankan beban mereka. Kami harap usaha kecil ini dapat menceriakan mereka sekeluarga sempena Ramadan dan Syawal nanti,” ujarnya.
redONE Rai Pelanggan
Raikan Ramadan dengan kekal berhubung bersama insan tersayang. Menerusi pelan tanpa had redONE Postpaid Hybrid50U, walaupun jauh dari yang tersayang anda akan tetap terasa dekat.
Pelan ini menyediakan internet dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan menawarkan 10GB internet berkelajuan tinggi kepada penggunanya.
Dengan hanya serendah RM50 sebulan, anda tidak akan terikat dengan kontrak apabila melanggan pelan ini. Bagi yang disenarai hitam, jangan bimbang kerana anda juga layak!
Menariknya, dengan rangkaian 4G LTE terluas yang ditawarkan, anda masih boleh berhubung walau di kawasan pedalaman.
Inilah kelebihan redONE, sepanjang 10 tahun memberi perkhidmatan pelbagai tawaran hebat untuk golongan B40 atau mereka yang ingin berjimat cermat ditawarkan tanpa perlu membayar lebih.
Jika berminat untuk melanggan pelan tanpa had ini atau lain-lain pelan redONE Postpaid hanya dari RM8 sebulan, lawati Kedai Rakan Niaga redONE yang terdekat atau layari redONE.com.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!