Ramos mahu terus bermain

Ramos
Ramos
A
A
A

TONGGAK pertahanan Paris Saint Germain (PSG), Sergio Ramos yakin masih mampu bermain di tahap tertinggi bagi tempoh empat atau lima tahun lagi walaupun sedang bergelut untuk mendapatkan minit permainan.

Pemain berusia 36 tahun itu mengakui, dia mampu kekal fokus pada setiap perlawanan yang akan disertainya kerana kini memiliki tahap fizikal terbaik.

"Saya melihat diri saya masih mampu bermain di tahap tertinggi untuk empat atau lima tahun lagi. Selepas itu barulah saya akan mencari pengalaman baru.

"Saya masih ada baki dua tahun lagi (dalam kontrak). Saya akan cuba menjadikannya tiga tahun.

"Selagi fizikal dapat bertahan, saya sentiasa fokus. Kini saya bersedia dan gembira untuk bermain," katanya lagi.

Bekas pertahanan Sepanyol itu mengalami siri kecederaan pada musim pertamanya di ibu kota Perancis da hanya dapat beraksi sebanyak 392 minit sepanjang tujuh penampilan dalam kesemua kejohanan dengan disenaraikan hanya empat kali sebagai kesebelasan utama.

Bagaimanapun, bekas pertahanan Real Madrid itu mencuri tumpuan ketika PSG menewaskan Clermont 6-1 apabila menyempurnakan 99 daripada 105 hantaran yang merupakan rekod tertinggi dalam perlawanan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!