Perancis isytihar enam diplomat Rusia persona non grata
PARIS - Kementerian Eropah dan Hal Ehwal Luar Perancis pada Isnin mengisytiharkan enam ejen Rusia yang beroperasi di bawah perlindungan diplomatik sebagai persona non grata.
Selepas siasatan dibuat oleh Direktorat Keselamatan Dalam Negeri (DGSI) pada Ahad, enam ejen Rusia didapati menjalankan aktiviti bertentangan dengan kepentingan negara Perancis dan diisytiharkan sebagai persona non grata, menurut kenyataan kementerian itu, lapor Xinhua.
Sementara itu, media melaporkan Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan memaklumkan Moscow akan bertindak balas terhadap perkara berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!