Malaysia import kurma bernilai RM48.1 juta pada Februari

Malaysia mengimport kurma bernilai RM48.1 juta pada Februari 2022. - Gambar hiasan
Malaysia mengimport kurma bernilai RM48.1 juta pada Februari 2022. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mengimport kurma bernilai RM48.1 juta pada Februari 2022 dan di peringkat negeri, Pulau Pinang mencatatkan import tertinggi bagi kurma iaitu RM20.3 juta, diikuti Selangor (RM15 juta) dan Kuala Lumpur (RM6.9 juta).

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengenai statistik eksport import mengikut negeri bagi bulan Februari 2022, sebagai persediaan kepada permintaan semasa bulan Ramadan, Malaysia telah mula mengimport kurma beberapa bulan sebelum bulan puasa bagi memenuhi keperluan penduduk.

Sementara itu, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, DOSM sedang menjalankan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) 2022 bermula dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

"Jabatan ini amat menghargai kerjasama daripada responden yang terpilih untuk memberikan maklumat kepada pegawai DOSM serta menjayakan survei ini,'’ katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.dosm.gov.my. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!