Trafik perlahan di beberapa lebuh raya

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat 12.30 tengah hari ini berikutan cuti sekolah.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Sungai Buaya menghala ke Bukit Beruntung dan Slim River ke Sungkai.

“Trafik juga sesak dari Tapah ke Gopeng berikutan kemalangan membabitkan sebuah treler di Km304.1 yang mengakibatkan laluan kiri terhalang namun keadaan terkawal,” katanya.

Aliran trafik juga perlahan dari Kuala Kangsar menuju Bukit Berapit; Tambun ke Juru dan Perai ke Sungai Dua, katanya.

“Aliran trafik dari Kajang menghala ke Kawasan Rehat dan Rawat Seremban; Hentian Pedas Linggi ke Simpang Ampat; Skudai ke Kulai dan Kulai ke Sedenak juga dilaporkan perlahan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia ketika dihubungi berkata aliran trafik dilaporkan perlahan sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur dan Terowong Genting Sempah.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini trafik menerusi talian bebas tol 1800-88-0000 (Plusline) dan 1800-88-7752 (LLM) atau menyemak laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!