Kolaborasi Sunway, artis tempatan meriahkan 'Riuh Ria Raya'

HC Chan (empat dari kanan) bergambar bersama barisan pengurusan Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway pada Majlis Pelancaran Sunway Malls Riuh Ria Raya di Sunway Putra Mall pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID.
HC Chan (empat dari kanan) bergambar bersama barisan pengurusan Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway pada Majlis Pelancaran Sunway Malls Riuh Ria Raya di Sunway Putra Mall pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah terkemuka, Sunway Malls melancarkan kempen bertemakan ‘Riuh Ria Raya’ dengan kerjasama kolaboratif bersama beberapa artis tempatan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Parks, HC Chan berkata, pusat beli-belah itu telah memilih untuk mempamerkan bakat artis, pereka dan usahawan tanah air menerusi ruang-ruang khasnya.

HC Chan berucap pada Majlis Pelancaran Sunway Malls Riuh Ria Raya di Sunway Putra Mall pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
HC Chan berucap pada Majlis Pelancaran Sunway Malls Riuh Ria Raya di Sunway Putra Mall pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurutnya, Sunway Malls telah menjalinkan kolaborasi dengan seorang artis grafiti kelahiran Pulau Pinang, Abdulrashade yang terkenal dengan gaya penghurufan luar biasanya, termasuk seni abstrak dan komposisi bersaiz besar.

“Kesemua pusat beli-belah Sunway telah dihiasi dengan karya seni gubahan Abdulrashade dan pasukannya yang menampilkan enam jenis bunga yang mekar, melambangkan sebuah permulaan baharu.

“Warna-warna dan calitan menonjol yang dapat dilihat pada karya tersebut pula menjadi simbol kepada kehidupan dan kecekalan.

“Selain itu, pusat beli-belah mesra autisme, Sunway Putra Mall turut mengambil peluang untuk berkolaborasi dengan dua artis autistik yang berbakat, Izaati Shahrin dan Haziq Izmi daripada Nakseni yang dikenali atas karya seni mereka yang unik,” katanya ketika melancarkan kempen ‘Riuh Ria Raya’ di sini pada Selasa.

Katanya, Sunway Malls turut berkolaborasi dengan seorang pereka fesyen tersohor negara, Datuk Tom Abang Saufi bagi menghasilkan pelitup muka fabrik secara khas yang dapat ditebus apabila pengunjung berbelanja di Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Big Box atau menerusi laman sesawang Sunway eMall.

Artikel Berkaitan:

“Oleh kerana usaha-usaha kebajikan juga dekat dengan hati kami, Sunway Malls telah membekalkan sokongan kepada ‘Generating Opportunities for Learning Disables’ (GOLD) dan Komuniti Tukang Jahit untuk berkongsi keihsanan dengan warga komuniti sempena raya ini menerusi pembelian biskut raya dan fabrik ketupat besar untuk diberikan kepada tetamu mereka," ujarnya.

Beliau berharap kempen ‘Riuh Ria Raya’ kali ini dapat menyuntik semula semangat hari raya buat pengunjung yang juga akan mengambil peluang untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing menjelang Aidilfitri nanti.

Pereka fesyen, Datuk Tom Abang Saufi (tengah) bergambar bersama barisan pengurusan Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway pada Majlis Pelancaran Sunway Malls Riuh Ria Raya di Sunway Putra Mall pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pereka fesyen, Datuk Tom Abang Saufi (tengah) bergambar bersama barisan pengurusan Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway pada Majlis Pelancaran Sunway Malls Riuh Ria Raya di Sunway Putra Mall pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Selepas dua tahun terpendam, rakyat Malaysia bakal menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dengan sepenuh hati mereka.

"Inilah harapan Sunway Malls menerusi kempen Riuh Ria Raya dengan menjanjikan sambutan gamat yang sinonim dengan rakyat Malaysia,” katanya.

Tambahnya, buat julung kalinya pengalaman membeli-belah dalam talian, Sunway eMall bagi kesemua tujuh pusat beli-belah Sunway akan tersedia secara fizikal di ruang khas di Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall dan Sunway Putra Mall.

“Selaras dengan pelancaran kempen raya, pembeli boleh melayari, mengimbas dan membeli-belah di ruang legar serta berpeluang membawa pulang hadiah tambahan bagi setiap pembelian yang dibuat di ruang berkenaan.

“Pembeli yang berbelanja secara fizikal layak menebus baucar bernilai sehingga RM80 untuk digunakan di Sunway eMall.

“Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan boleh menggunakan kod promo khas seperti RIA25 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM25 bagi pembelian dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM150,” jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!