MBSJ sedia pasar transit pindah sementara peniaga

Johary (dua dari kanan) bersama Hian Wah (dua dari kiri) meninjau progres pembinaan pasar transit di SK 3/2, Seri Kembangan pada Selasa.
Johary (dua dari kanan) bersama Hian Wah (dua dari kiri) meninjau progres pembinaan pasar transit di SK 3/2, Seri Kembangan pada Selasa.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) membina pasar transit di Jalan SK 3/2 bagi memindahkan sementara peniaga Pasar Awam MBSJ (SK10) Seri Kembangan.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Johary Anuar berkata, pasar transit berkenaan sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada Jun depan.

Menurutnya, pemindahan sementara itu dilakukan bagi memberikan laluan kepada pembinaan semula Pasar Seri Kembangan.

"Projek berkenaan menelan belanja RM6 juta dan dijangka ermula Januari 2023 serta dijangka mengambil masa 24 bulan untuk siap sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah pada Selasa turun meninjau perkembangan projek pasar transit berkenaan pada Selasa.

Johary berkata, MBSJ akan menambah kemudahan lintasan belang dengan lampu isyarat, bonggol dan pengadang jalan bagi kemudahan dan keselamatan pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!