Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua

Antara aksi Soon Huat-Shevon Lai ketika menentang Wang Chan-Kyung-Eun di Kejohanan Korean Masters sebentar tadi.
Antara aksi Soon Huat-Shevon Lai ketika menentang Wang Chan-Kyung-Eun di Kejohanan Korean Masters sebentar tadi.
A
A
A

PASANGAN beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil negara yang kedua dalam kategori beregu campuran mara ke pusingan kedua dalam saingan Korea Masters 2022.

Pada perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah, Wang Chan-Jung Kyung-Eun secara ‘straight set’, 21-12, 21-12 dalam masa kurang 30 minit.

Menanti gandingan pilihan keempat di pusingan 16 esok ialah, pasangan beregu Israel, Misha Zilberman-Svetlana Zilberman yang kini berada ranking ke-133 dunia.

Misha-Svetlana sepatutnya dijadual bertemu beregu India, Sai Pratheek-N. Sikki Reddy di pusingan 32, namun berjaya mara ke pusingan 16 secara ‘walkover’ atau menang tanpa bertanding.

Untuk rekod, Soon Huat-Shevon Lai dan pasangan Zilberman ini belum pernah bertemu di mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!