Bank Rakyat edar 6,000 bubur lambuk sekitar Bangsar

Mohammad Hanis (tengah) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat mengacau bubur lambuk sebagai gimik pengagihan bubur lambuk itu pada program 'Rindunya Ramadan' 2022 di MKBR, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mohammad Hanis (tengah) bersama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat mengacau bubur lambuk sebagai gimik pengagihan bubur lambuk itu pada program 'Rindunya Ramadan' 2022 di MKBR, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat meneruskan program 'Rindunya Ramadan' pada tahun ini dengan mengekalkan tradisi pengedaran 6,000 bekas bubur lambuk di sekitar Bangsar.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Mohammad Hanis Osman berkata, pengagihan bubur lambuk itu kini memasuki tahun kesembilan berturut-turut penganjurannya.

Katanya, sebanyak 20 kawah digunakan untuk kerja-kerja memasak dan menyediakan bubur lambuk tersebut oleh 80 kakitangan Bank Rakyat dan diketuai tukang masak dari Kampung Baru, Wan Nawawi Ghazali.

"Istimewanya bubur lambuk ini, ia menggunakan resipi bubur lambuk Masjid Kampung Baru yang seperti kita ketahui memang terkenal jadi kita mahu terus kekalkan legasinya.

"Ini juga inisiatif yang kami lakukan untuk mengimarahkan bulan Ramadan dan melaksanakan tanggungjawab sosial bank untuk berkongsi rezeki dengan komuniti setempat," katanya.

Mohammad Hanis dan Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.
Mohammad Hanis dan Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat mengedarkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja-kerja menyediakan bubur lambuk itu di pekarangan lobi Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR) di sini pada Rabu sebelum mengedarkan bubur lambuk berkenaan bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat.

Bubur lambuk itu diedarkan kepada petugas barisan hadapan dan orang ramai di beberapa lokasi antaranya Jalan Rakyat, Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bank Rakyat Bangsar, KL Sentral, Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields dan Jalan Tun HS Lee serta agensi media berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Ujar Mohammad Hanis, pek bubur lambuk turut diberikan kepada pelanggan setia serta komuniti setempat di sekitar MKBR atas sokongan yang diberikan kepada bank.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!