Ibu mangsa serangan Christchurch dijemput Ilahi

Antara keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas tiba di Hagley Park semalam.
Antara keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan pengganas tiba di Hagley Park semalam.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Ibu pemuda Palestin yang terkorban dalam serangan pengganas minggu lalu, meninggal dunia selepas menghadiri upacara pengebumiannya semalam.

Kamel Darwish, 38, adalah pekerja kilang tenusu dari Jordan dan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan di Masjid Al Noor.

Allahyarham tiba di New Zealand tahun lalu bagi menyertai abangnya.

Isteri dan anak-anaknya telah memohon visa untuk datang ke Christchurch.

Ibu Kamel, Saud Abdelfattah Mhaisen Adwan, 65, disahkan meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung, menurut Kedutaan Jordan di Sydney.

Warga emas itu tiba di Christchurch dari Jordan kelmarin.

"Dia terlalu sedih dengan kematian anaknya, dan pagi tadi dia telah dijemput Ilahi" kata seorang rakan keluarga itu.

Selain Kamel, bapa saudaranya Mohsin Al-Harbi yang terselamat dalam serangan minggu lalu turut meninggal dunia akibat serangan jantung di hospital. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!