PM buka puasa bersama menteri kabinet, MB, duta asing

Ismail Sabri beramah mesra bersama duta-duta asing semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri dan Duta-Duta Asing di Seri Perdana pada Rabu. - Foto Bernama
Ismail Sabri beramah mesra bersama duta-duta asing semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Jemaah Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri dan Duta-Duta Asing di Seri Perdana pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu berbuka puasa bersama menteri kabinet, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri serta duta-duta asing di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan pegawai tertinggi kerajaan.

Antara yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 35 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Al-Faeez di Gombak, Selangor dan Ismail Sabri turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama mereka.

Beliau kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!