Sonny lawat Nazril, beri kata-kata semangat

Sonny memberikan kata-kata semangat kepada Nazril Hisham Omar di Hospital Christchurch.
Sonny memberikan kata-kata semangat kepada Nazril Hisham Omar di Hospital Christchurch.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams hari ini meluangkan masanya untuk bertemu mangsa serangan pengganas di Hospital Christchurch.

Kehadiran Sonny ditemani seorang lagi pemain All Blacks, Bachar Houli.

Sonny hadir bagi memberi kata-kata semangat kepada 27 mangsa yang masih ditahan di hospital terbabit, termasuk tiga rakyat Malaysia; Mohd Tarmizi Shuib, Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

"Saya bangga menjadi Muslim, bangga sebagai rakyat New Zealand kerana itu saya berada di sini.

"Saya mahu tunjukkan solidariti dan bantu mangsa dari aspek psikologi," katanya.

Dalam kejadian minggu lalu, 50 maut termasuk anak Mohd Tarmizi iaitu Haziq, 17. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!