Tengku Zafrul teruja kongsi program rakaman takbir raya

Tengku Zafrul (depan, kiri) bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika acara rakaman takbir raya jemaah menteri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.
Tengku Zafrul (depan, kiri) bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika acara rakaman takbir raya jemaah menteri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi keterujaannya melakukan rakaman raya bersama jemaah menteri di Seri Perdana, Putrajaya, pada Rabu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Tengku Zafrul turut menyertakan beberapa keping gambar ketika sesi rakaman tersebut yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Alhamdulillah, baru lepas takbir raya. Eh, jangan cemas, esok belum raya. Ni baru rakaman Takbir Raya Jemaah Menteri di Seri Perdana.

Ismail Sabri (depan, tengah) mengetuai acara rakaman takbir raya jemaah menteri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.
Ismail Sabri (depan, tengah) mengetuai acara rakaman takbir raya jemaah menteri di Seri Perdana, Putrajaya pada Rabu.

“Marilah kita berdoa semoga kita semua diberi kesempatan beribadah sepanjang bulan Ramadan dan beraya bersama yang tersayang. Ada rezeki, boleh tengok takbir raya kami masa Aidilfitri nanti,” katanya.

Rakaman tersebut dihadiri oleh Menteri Kabinet antaranya Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!