Covid-19: Sekolah Menengah Sains Rembau ditutup
![Foto hiasan](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/04/14/1662204.jpg)
REMBAU - Sekolah Menengah Sains Rembau di sini ditutup selama seminggu susulan terdapat kes positif Covid-19.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, sekolah berkenaan diarahkan tutup bermula 11 April lalu hingga 18 April ini bagi tujuan sanitasi.
"Kes dikesan melalui saringan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dilakukan secara kendiri ke atas para pelajar.
"Setakat semalam (Rabu) seramai 60 pelajar tingkatan dua hingga lima melibatkan 38 lelaki dan 22 perempuan disahkan positif Covid-19," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, susulan pengesanan tersebut telah tercetus Kluster Jalan Pilin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!