Bayar zakat fitrah di platfrom Muip
KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menyediakan kemudahan kepada umat Islam di Pahang membayar zakat fitrah secara dalam talian.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, kaedah itu bagi memudahkan pembayar zakat tanpa perlu berjumpa dengan amil yang dilantik.
Menurutnya, pembayaran zakat secara dalam talian itu diperkenalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak Covid-19 pada 2020.
"Jadi, kepada mereka yang ingin membayar zakat fitrah hanya perlu melayari ezakat.muip.gov.my dan mengikut arahan diberikan.
"Dalam masa tidak sampai 10 minit pembayaran selesai dilakukan dan mereka yang sentiasa sibuk dengan tugas seharian termasuk golongan belia digalakkan membayar zakat secara dalam talian," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau menjelaskan, sambutan terhadap kaedah pembayaran zakat secara 'online' semakin berkurangan berbanding dua tahun PKP.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!