Biaya haji jemaah Indonesia meningkat tahun ini

Indonesia sasar hantar 110,500 jemaah atau 50 peratus daripada kuota haji tahun 2019.
Indonesia sasar hantar 110,500 jemaah atau 50 peratus daripada kuota haji tahun 2019.
A
A
A

JAKARTA - Kos mengerjakan haji yang ditanggung jemaah Indonesia tahun ini meningkat kepada 39.89 juta rupiah (RM1=3,394 rupiah) daripada 35.2 juta rupiah pada 2020.

Jumlah itu ditetapkan Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat dan Kementerian Agama dalam mesyuarat di Parlimen di sini, Rabu malam.

Bayaran itu meliputi kos penerbangan, sara hidup, visa serta sebahagian biaya penginapan di Mekah dan Madinah, kata Menteri Agama Yaqut Cholil Qoumas dalam satu kenyataan.

Kementerian turut mensasarkan untuk menghantar 110,500 jemaah atau 50 peratus daripada kuota haji tahun 2019, setelah tertunda dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Pada 9 April lepas, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan jumlah jemaah haji yang dibenarkan bagi musim haji tahun ini terhad kepada sejuta jemaah tempatan dan antarabangsa.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!