Klopp jangka aksi sukar berdepan Villareal
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menjangkakan skuad kendaliannya bakal mengharungi dua aksi sukar berdepan Villareal pada separuh akhir Liga Juara-Juara kelak.
Menurut Klopp, kesebelasan Villareal kini dilihat berada pada tahap prestasi terbaik dan ia dibuktikan apabila menyingkirkan gergasi Bundesliga, Bayern Munich secara agregat.
"Saya meramalkan Liverpool akan mengharungi dua aksi separuh yang cukup sukar kali ini. Lihat sahaja bagaimana kami bergelut sebelum terikat 3-3 dengan Benfica sebelum layak secara agregat.
"Oleh itu, saya mengingatkan pemain supaya berhati-hati ketika berdepan Villareal kerana mereka mampu mencatatkan keputusan yang tidak dijangka," katanya.
Liverpool mara ke separuh akhir menerusi agregat 6-4 setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 di Anfield pada Khamis, bagaimanapun, The Reds memiliki kelebihan susulan kejayaan menewaskan Benfica 3-1 di Lisbon, 6 April lalu.
Untuk aksi separuh akhir, skuad The Reds bakal Villareal yang menewaskan gergasi Bundesliga, Bayern Munich 2-1 secara agregat.
Sementara itu, Klopp turut mengingatkan pemain supaya sentiasa berwaspada bagi mengelakkan terperangkap dengan corak taktikal daripada pengendali Villareal, Unai Emery.
Katanya, Emery yang disifatkan selaku 'raja' bagi pertandingan piala di mana dia pernah memenangi Liga Europa sebanyak empat kali, tiga kali bersama Sevilla dan sekali bersama Villareal.
"Situasi ini menjadikan Villareal sebagai pasukan yang cukup berpengalaman selain mempunyai semangat yang berkobar-kobar bagi mencatatkan kemenangan.
"Selain itu, mereka juga agak tersusun selain turut memiliki beberapa pemain terkemuka dunia.
"Oleh itu, kita perlu beraksi dengan sebaik mungkin dan seterusnya merealisasikan kemenangan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!