Penjaga spa mengaku tidak bersalah abai, buang mayat bayi
KLANG - Seorang penjaga spa mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan hari ini atas dua pertuduhan, membabitkan pengabaian kanak-kanak di bawah peliharaannya dan menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi pada minggu lepas.
Chong Kim Fui, 43, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki bernama Chong Yi Sing (tidak daftar kelahiran), telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara memberi minum susu dan membiarkannya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu sesak nafas.
Kim Fui membuat pengakuan itu, sebaik pertuduhan dibacakan oleh juru bahasa dalam Bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Hakim Noridah Adam di Mahkamah Sesyen Klang.
Kim Fui didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium, Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada 6 April 2022, jam lebih kurang 3 petang hingga 8 malam.
Dia dituduh di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang boleh di hukum di bawah Seksyen 31 (1) Akta yang samam dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Abd Raoff mencadangkan kepada mahkamah untuk menetapkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjaminm dan tertuduh diminta untuk tidak mengganggu saksi kes itu.Kim Fui yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon agar jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya mempunyai pendapatan sekitar RM2,000 ke RM3,000 sebulan.
Hakim Noridah menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi lain. Kes akan disebut semula 30 Mei nanti.
Manakala di Mahkamah Majistret Klang, Kim Fui membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi pada Khamis lepas, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P Sarulatha.
Mengikut pertuduhan, Kim Fui didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan membuang mayat seorang bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita warga asing, yang mana bayi itu telah mati selepas dilahirkan.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 7 April 2022 di tempat pembuangan sampah di kondominium, Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada jam 4 pagi.Kim Fui ituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang mana boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nuruljannah Aimi (repeat Nuruljannah) mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh melaporkan diri ke balai polis berhampiran.
Peguam Lau Yih Ying yang mewakili tertuduh, meminta agar wang jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dan memohon sebulan sekali untuk anak guamnya melaporkan diri di balai polis sekiranya ada keperluan.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran. Kes di sebut semula pada 30 Mei nanti.
Media sebelum ini melaporkan, polis telah menahan seorang wanita warga asing dan teman lelakinya pada Khamis, susulan penemuan mayat bayi lelaki yang dianggarkan berusia empat bulan di tempat pembuangan sampah, di sebuah kondominium di Klang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!