Peneroka gembira menyumbang ke Waqaf Felda

Abdul Wahab Hasim
Abdul Wahab Hasim
A
A
A

KOTA TINGGI - Pendapatan peneroka Felda kini jauh lebih tinggi dengan harga minyak sawit mentah yang terus meningkat di pasaran dan membolehkan warga peneroka memperuntukkan sebahagian pendapatan untuk bersedekah.

Bagi warga peneroka, pastinya Waqaf Felda menjadi pilihan untuk mereka menyumbang selepas institusi wakaf tersebut ditubuhkan tahun lepas.

Bagi Abdul Wahab Hasim, 67, dari Felda Bukit Easter, pendapatan yang lebih tinggi kini membuatkan beliau begitu bersyukur akan nikmat tersebut.

“Ini merupakan nikmat daripada Allah SWT dan seharusnya kita pun turut berkongsi rezeki yang lebih ini dengan orang lain atau institusi seperti Waqaf Felda terutamanya dalam bulan Ramadan ini. Kalau dulu kita mengharap duit raya, kini tidak lagi. Peneroka lebih bahagia memberi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Abdul Jamil Wahid
Abdul Jamil Wahid

Turut berkongsi sentimen yang sama, Abdul Jamil Wahid, 61 dari rancangan yang sama memberitahu penubuhan wakaf oleh Felda ini memberi peluang untuk peneroka sama-sama meraih pahala.

“Alhamdulillah peneroka pun dapat sama mendapat manfaat dari lubuk pahala ini. Pendapatan yang lebih baik juga sangat membantu untuk kami memberi sumbangan dan tidak mengharapkan lagi bantuan-bantuan daripada kerajaan seperti duit raya. Kerajaan boleh fokuskan kepada golongan-golongan lain yang lebih terjejas terutamanya akibat pandemik,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Haslina Roslani
Haslina Roslani

Sementara itu, Haslina Roslani, penerokawati Felda Bukit Easter juga berkongsi bahawa bersedekah dan berwakaf ini amalan yang sangat dituntut oleh nabi.

“Peneroka dan penerokawati perlu menyimpan dan banyakkan sedekah semasa harga sawit sedang tinggi. Simpanan untuk kita dunia, sedekah pula untuk kita di akhirat nanti. Dengan simpanan juga kita akan jad lebih berdikari dan kita tak perlu lagi mengharap dan meminta-minta. Lagi pula tangan di atas kan lebih baik daripada tangan di bawah,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!