Imigresen gempur Uptown Kajang, pub di Klang

Uptown Kajang digempur imigresen.
Uptown Kajang digempur imigresen.
A
A
A

KAJANG - Jabatan Imigresen Selangor menahan seramai 103 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di Uptown Kajang dan sebuah pub di Klang menerusi Ops Bersepadu, malam tadi.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan pertama bermula jam 11 malam di Uptown Kajang telah menahan 79 orang PATI hasil pemeriksaan terhadap 160 orang warga asing.

Menurutnya, serbuan kedua pula di sebuah pub di kawasan Klang dan telah menahan seramai 24 orang PATI.

"Kesemua tangkapan adalah seramai 103 orang melibatkan 59 lelaki dan 44 wanita berusia lingkungan 18 hingga 55 tahun kerana tidak mempunyai permit yang sah, salah guna pas, serta pas tamat tempoh.

Antara wanita warga asing yang ditahan.
Antara wanita warga asing yang ditahan.

"Mengikut pecahan tangkapan, warga Indonesia seramai 54 orang, Bangladesh (21 orang), Vietnam (24 orang), Pakistan (2 orang) dan seorang India," katanya.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan di uptown ini juga adalah berdasarkan aduan dari orang awam yang telah rimas dengan peniaga warga asing. Susulan dari itu juga Imigresen memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan yang mengupah atau memberikan tapak perniagaan kepada warga asing.

Katanya, Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar peruntukan undang-undang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen dan seterusnya akan di tahan di Depot Imigresen Semenyih.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta yang sama serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!