Jazeman teruja beri saingan

Jazeman
Jazeman
A
A
A

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar bersedia untuk bersaing di perlumbaan European Le Mans Series (ELMS) di Le Castellet, Perancis yang bermula Ahad ini.

Jazeman yang mewakili Virage berkata, ujian dua hari sebelum ini berjalan lancar dan dia cukup gembira dengan kemajuan yang dicapai dalam beberapa hari terakhir menjelang perlumbaan pertama hujung minggu ini.

"Kami melalui program ujian yang sangat komprehensif dan kami dapat selesaikan semua gaya pemanduan kami yang berbeza kepada persediaan yang sesuai.

"Saya fikir ia akan menjadi keluk pembelajaran baharu bagi kami kerana program ini akan menjadi sangat kompetitif,” katanya dalam video yang disiarkan kepada media.

Jazeman yang akan beraksi secara penuh dalam kategori Le Mans Prototype 2 (LMP2) di perlumbaan berkenaan akan bergandingan bersama pelumba Perancis, Gabriel Audry dan pelumba Amerika Syarikat, Rob Hodes bagi siri perlumbaan di lima negara itu.

Sehubungan itu, pelumba berusia 29 tahun itu berharap mereka akan mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam perlumbaan itu walaupun mengetahui dia akan berdepan ujian sengit daripada pesaing lain.

Selain Perancis, perlumbaan ELMS itu akan turut berlangsung di Itali, Sepanyol, Belgium dan Portugal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!