130 pesawat Ukraine berjaya dimusnahkan

Gambar fail menunjukkan kemusnahan akibat Perang Ukraine di Mariupol. - Foto AP
Gambar fail menunjukkan kemusnahan akibat Perang Ukraine di Mariupol. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Sejak awal operasi tentera Rusia, sebanyak 130 pesawat perang, 447 dron dan 103 helikopter milik Ukraine berjaya dimusnahkan oleh tentera Rusia, lapor portal berita Sputnik, baru-baru ini.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov berkata, sebanyak 12 sasaran musuh telah dimusnahkan oleh senjata berketepatan tinggi milik tentera negaranya baru-baru ini.

Beliau berkata, di Velikaya Mikhailovka dan Bogatyr, dua gudang senjata artileri tentera Ukraine, sebuah jet pejuang MiG-29 Ukraine, sebuah helikopter Mi-8 dan sebuah kenderaan udara tanpa pemandu Bayraktar TB-2 telah musnah di lapangan terbang Dnepr.

Moscow telah melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Operasi itu dilancarkan selepas tentera Ukraine memperhebatkan serangan di Donbass yang mana Kiev telah melancarkan perang selama lapan tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!