Maritim Malaysia tingkat pemantauan musim perayaan

Zubil
Zubil
A
A
A

ALOR GAJAH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus mempertingkatkan rondaan dan operasi di perairan negara menerusi Operasi Khas Pagar Laut sepanjang musim perayaan bermula 19 April hingga 17 Mei depan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata, operasi di seluruh perairan Malaysia itu bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, menyedari ancaman yang bermusim, serta berdasarkan trend aktiviti jenayah di musim perayaan Aidilfitri sebelum ini, Maritim Malaysia tidak akan mengendurkan kesiapsiagaan operasi.

Malah katanya, operasi khas seperti itu bagi mengukuhkan kawalan keselamatan dengan meningkatkan kesiapsiagaan aset-aset, keanggotaan serta penguatkuasaan terutamanya di setiap titik panas seluruh negara.

"Umumnya pelaku jenayah beranggapan penguatkuasaan undang-undang di musim perayaan agak longgar kerana sebahagian besar petugas keselamatan bercuti dan meraikan perayaan.

"Situasi ini sering kali diambil kesempatan oleh sindiket dan penjenayah dengan melakukan aktiviti penyeludupan, pencerobohan, penipuan serta lain-lain jenayah berkaitan melalui jalan laut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Zubil (tiga dari kiri) ketika majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di Kuala Linggi, pada petang Khamis.
Zubil (tiga dari kiri) ketika majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) peringkat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di Kuala Linggi, pada petang Khamis.

Jelas beliau,Op Khas Pagar Laut dilaksanakan setiap tahun bermula 2016 dan ini merupakan tahun ketujuh melibatkan semua Maritim Negeri termasuk Zon Maritim berikutan cabaran dan ancaman yang berbeza antara negeri-negeri.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sebagai contoh negeri-negeri di sepanjang Selat Melaka berhadapan dengan aktiviti penyeludupan dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan kontraband.

"Di pantai timur terancam dengan aktiviti pencerobohan bot nelayan asing.

"Manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan turut berhadapan dengan ancaman penyeludupan kontraband, PATI, dadah serta barang kawalan bersubsidi," katanya.

Ujar beliau, Maritim Malaysia juga sentiasa bersedia untuk mengerahkan aset-aset laut atau udara bagi melaksanakan tugas CARILAMAT atau `Search and Rescue’ (SAR).

Kata beliau, Operasi Khas Pagar Laut siri pertama tahun lalu, telah merekodkan 21 tangkapan membabitkan PATI, penyeludupan dadah, kontraband, ketum dan lain-lain dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM38.8 juta.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!