Polis kesan pejalan kaki lintas jalan secara berbahaya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KLANG - Polis mengesan seorang individu yang dipercayai secara tiba-tiba melintas jalan sehingga mendatangkan bahaya sekali gus mengakibatkan kemalangan sebuah kereta di Jalan Goh Hock Huat, Klang Utara di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu kenderaan tersebut kira-kira jam 12.08 tengah hari, 7 April lalu.

Menurutnya, terdapat seorang pejalan kaki sedang melintas jalan di lokasi kejadian ketika lelaki itu sedang memandu.

"Pejalan kaki merupakan seorang lelaki itu berada di tengah jalan secara tiba-tiba melintas dan terus berlari serta melompat ke arah cermin depan keretanya.

"Lelaki berkenaan kemudiannya terus beredar dari lokasi setelah pemandu kenderaan tersebut memberitahu keretanya mempunyai rakaman kamera papan pemuka," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Katanya, polis kemudian bertindak mengesan pejalan kaki tersebut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan klinik berdekatan.

"Pemeriksaan dijalankan bagaimanapun tidak menemukan lelaki berkenaan di HTAR dan klinik berdekatan.

"Orang ramai yang melihat kejadian diharap tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!