Liga Europa: West Ham, Rangers mara, Barcelona tersingkir

Rice antara pencetak gol untuk West Ham United.
Rice antara pencetak gol untuk West Ham United.
A
A
A

WEST Ham United kendalian David Moyes meneruskan momentum positif kempen Liga Europa apabila menjinakkan wakil Ligue 1, Lyon 3-0 dalam aksi suku akhir kedua di Parc Olympique Lyonnais untuk mara dengan agregat 4-1.

Tiga gol daripada Craig Dawson (38'), Declan Rice (44') dan Jarrod Bowen (48') sudah cukup membolehkan The Hammers melangkah bergaya ke pusingan seterusnya.

Aksi di Camp Nou pula, Barcelona kendalian Xavi Hernandez dikejutkan kelab Bundesliga, Eintracht Frankfurt 3-2 sekali gus menyaksikan kelab Bundesliga itu mara dengan agregat 4-3.

Gol Eintracht dijaringkan Filip Kostić (4', 67') dan Rafael Santos Borré Maury (36') manakala Sergio Busquets (91') serta Memphis Depay (101') untuk Barcelona.

Di Stadium Ibrox, Rangers meneruskan momentum cemerlang kelab United Kingdom apabila jaringan James Tavernier (2', 44') dan Kemar Roofe (101') sudah cukup untuk menyingkirkan Braga 3-1 sekali gus mara dengan agregat 3-2.

Sementara itu, Red Bull Leipzig tidak berdepan masalah menundukkan Atalanta 2-0 hasil jaringan Christopher Nkunku (18', 87') di Atleti Azzurri d'Italia untuk kelab Bundesliga tersebut mara dengan agregat 3-1.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!